Assalammualaikum Semua
Ingin rasanya meneroka beberapa negara melalui teknologi moden yang ada sekarang melalui maklumat di Internet , goggle map , maklumat U-Tube dan sebagainya..
Harap beroleh sesuatu yang berfaedah untuk dikongsi...Ini seolah-olah pengembaraan melalui
Alam Maya !
Aku coba melihat - keadaan geografinya , masyarakatnya , budayanya , teknologinya , pendidikannya dan sebagainya....terutama maklumat perkembangan Islam....dll
Maklumat penting yang berguna - akan saya catatkan dalam blog khusus untuk pengembaraan
di alam maya ini.
Semoga ia berguna dan berfaedah buat sapa-sapa yang sudi melayari perjalanan di alam maya ini.
Plan perjalanan maya ku ke arah utara - Thailand - Kemboja - Laos - Viatnem - seterusnya ke Cina !
Semoga perjalanan ni - menghiburkan hatiku dan tidak sia-sia.Harap aku dapat mengumpulkan maklumat penting dan berguna kepada kita iaitu
* Persatuan/Pertubuhan/Majlis ..berkaitan dengan hal-hal Keislaman.
Semoga maklumat ini berfaedah buat menjalinkan hubungan silatulrahim kepada mereka yang berminat untuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat di negara-negara lain.
Aku percaya - perjalanan atau pengembaraan di alam maya pun ada kebaikannya yang tersendiri.
Wassalam
Mohamed
Tmn Daya
17 Julai 2012
5.30 pm
No comments:
Post a Comment